HUTSemasa

MMR HUT 12 Bgd Ke-37

KUALA LUMPUR: Briged Ke-12 Infantri Malaysia (12 Bgd)  mengadakan Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) 12 Bgd sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-37 dan Dinning In Panglima yang Ke-21 di Dewan Tun Dr Ismail, Putra World Trade Centre (PWTC) pada 13 Jan 2018.

Ketibaan Panglima 12 Bgd, Brig Jen Abd Malik Jiran bersama isteri Melorwati Sapari disambut oleh Pegawai Memerintah Skuadron Istiadat Berkuda (SIB) selaku Yang DiPertua Wisma Perwira 12 Bgd, Lt Kol Shamsul Annuar Musa bersama Ketua Staf 12 Bgd, Lt Kol Azudin Hassan dan Komander Pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat (PIDTD), Kol Romainor Mohamed.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu 12 Bgd dan sesi makan malam dengan tayangan multimedia serta diakhiri acara memotong kek HUT.

Dalam ucapan Panglima 12 Bgd, beliau menekankan enam teras utama perintah ulung dan mengucapkan ucapan penghargaan kepada mantan pimpinan terdahulu serta staf-staf yang telah menaikan imej 12 Bgd.

“Pada kali ini,12 Bgd berjaya mendapat tempat ketiga terbaik dalam audit pengurusan BITD dan berada diantara enam pasukan terbaik dalam audit AIMS yang mana bgd ini juga melaksanakan penugasan operasi dan eksesais seperti Bgd yang lain,”tegas beliau.

Selain itu beliau juga berharap agar kecemerlangan tersebut dapat dikekalkan dengan kerjasama semua peringkat demi menjadikan 12 Bgd sebagai Bgd yang Unggul dan Dinamik serta memberi penekanan akan membantu pasukan menyelesaikan permasalahan terhadap penemuan kelemahan dalam pelbagai aspek meliputi pentadbiran, operasi, keselamatan dan logistik serta rancangan penambahbaikan kearah kemajuan khas dibawah tampok pemerintahannya.

 

Gambar: SSjn Mohd Hafizullail Khairon Anwar, LKpl Siti Zubaidah Ramlan dan Pbt Muhammad Nor Azam Muhammad Nor

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Lihat juga

Close
Back to top button
Close