MK Medan BaratSemasa

MASt Siri 3 Peringkat PMBTD Bentuk Kecekapan Pegawai

KUALA LUMPUR: Seramai 52 pegawai di bawah naungan Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) telah menyertai Bengkel Penataran Juruaudit Dalaman Malaysia Army Standards (MASt) SIRI 3 peringkat PMBTD yang diadakan pada 3 Jan sehingga 4 Jan 2018 bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat (TD).

Secara amnya, MASt ini merupakan suatu standard atau piawaian yang perlu dipatuhi oleh pasukan-pasukan TD yang mana kini sejumlah 9 MASt Siri 3 di bawah MK PMBTD yang perlu dibuat uji cuba serta audit dalaman melalui proses seterusnya sebelum diterima sepenuhnya untuk diimplimentasikan dalam TD, selain bertujuan untuk melahirkan pegawai berpengetahuan dan kecekapan tinggi untuk melaksanakan secara membina dan berkesan.

Bengkel diakhiri dengan upacara penyampaian cenderakenangan oleh Ketua Staf Am MK PMBTD, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik kepada Timbalan Inspektorat Jeneral Bahagian Inspektorat TD, Kol (Dr) Kwong Fook Wen.

Turut hadir dalam bengkel tersebut adalah Pengarah Semboyan MK PMBTD, Brig Jen Hj Zokefli Hj Saini.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close