Semasa

Majlis Serah Kunci Rumah Veteran 2018

KELANTAN: Seramai 100 anggota veteran, 23 penduduk setempat dan 25 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari gabungan pasukan 1 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (1 Skn RAJD) dan 7 Skn RAJD hadir dalam Majlis Serah Kunci Rumah Veteran 2018 kepada Mohamed Hasini Wahad (Veteran ATM) di  Kampung Kubuk Dalam Mukin Jeram,  Pasir Putih pada 27 Jan 2018.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Dr Asyrah Wajdi Dato’ Hj Dusuki diiringi Panglima 8 Bgd, Brig Jen Dato’ Nazari Abd Hadi.

Pasukan 1 Skn RAJD telah dipertangungjawab melakukan kerja-kerja pembinaan rumah bina baru (NBOS7) bermula awal bulan Ogos 2017 dan siap sepenuhnya pada bulan Jan 2018 dgn kos pembelanjaan sebanyak RM 45000.00.

Dalam ucapan Panglima 8 Bgd, beliau berkata Kerajaan Malaysia amnya dan Pemerintah Tertinggi ATM Khas mengambil berat kebajikan anggota veteran bagi mengenang jasa meraka semasa dalam perkhidmatan dan pelbagai bantuan telah disampaikan bagi membantu anggota veteran.

Selain itu, perkembangan-perkembangan semasa dalam perkhidmatan ATM juga disampaikan kepada anggota veteran seperti sistem SAVE bagi anggota yang tidak berpencen dan Satu Rumah Satu Anggota.

 

Gambar: Kpl Shamimi Abdullah

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close