BAKATSemasa

Lawatan Kebajikan Jemaah Tertinggi BAKAT Darat

MELAKA: Sebanyak enam keluarga Ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) di bawah naungan 10 Bgd (Para) yang mempunyai anak-anak penyakit kronik telah terpilih dalam siri Lawatan Kebajikan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Datin Sri Zaleha Md Yusof disekitar kawasan Terendak pada 29 Jan 2018.

Selain lawatan kebajikan tersebut turut diadakan Majlis Solat Maghrib dan Isyak berjemaah diikuti sesi tazkirah yang disampaikan oleh Mej (Ustazah) Norhayati Md Yusof di Surau Al-Mustaqim Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (17 RAMD Para).

Turut hadir, Ketua Exco BAKAT Darat, Datin Hanim Jeraai, Pengerusi BAKAT 10 Bgd (Para), Datin Haslinda Mohd Ali dan Pengerusi BAKAT pasukan-pasukan di bawah naungan 10 Bgd (Para).

Gambar: Sjn Shahrul Nizam Soif

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close