Bersama PemimpinSemasa

Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-70

NEGERI SEMBILAN: Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Kawalan Kehormatan sempena Hari Keputeraan Ke-70 baginda di Padang Besar Seri Menanti pada 14 Jan 2018.

Istiadat Kawalan Kehormatan Utama telah disempurnakan oleh pasukan 71 Rejimen Semboyan Diraja (71 RSD) diiringi lagu kebesaran Negeri Sembilan dan istiadat diteruskan dengan Pengurniaan DKBP yang dilaksanakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Gambar: PW II (FoS) Steward

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close