2 DivBersama PemimpinPasukan SimpananSemasa

GAW Tawan Kubang Pasu

 

KEDAH: Seramai 15 ribu pengunjung hadir dalam Majlis Pelancaran Gelombang Askar Wataniah Zon Utara melibatkan 4000 Askar Wataniah dari negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang disempurnakan Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Johari Baharum di Tasik Darulaman Jitra pada 27 Jan 2018.

Program Gelombang Askar Wataniah (GAW) yang dilaksanakan secara pemukiman ini diadakan selama dua hari bermula pada 26 Jan 2018 bertujuan membangkitkan semangat patriotisme di kalangan belia dan beliawanis, pelajar serta Briged Sukarela Khidmat Negara (BSKN) melalui penyertaan Askar Wataniah (AW).

Selain itu GAW yang merupakan cetusan idea Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein merupakan salah satu platform untuk menarik minat golongan belia bagi menyertai AW serta mengemaskini penyertaan ahli AW dan pada masa sama turut melibatkan Ahli Jawatan Kuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Kedah agar dapat menggalakkan sesi interaksi bersama pemimpin dan masyarakat untuk beramah mesra dengan warga AW dengan masyarakat setempat serta orang awam.

Dalam ucapan Timbalan MENHAN, beliau berkata Kementerian Pertahanan mahu menarik lebih ramai penyertaan kaum bukan Melayu dalam Askar Wataniah dalam usaha memperkasakan keanggotaan AW di seluruh negara yang kini mencecah 50,000 anggota.

“Pada masa kini, jumlah golongan bukan Melayu adalah sedikit dan kita mahu penyertaan yang lebih ramai agar semangat patriotisme dan jati diri dapat diterapkan yang mana konsep pelaksanaan GAW akan dilaksanakan mengikut tiga tema iaitu Lancar, Kekal dan Bertahan,”jelas beliau.

Pelbagai acara diadakan semasa GAW seperti Pameran Statik Aset Tentera Darat, Demontrasi Anjing Perang, Demontrasi Menyelamat Tebusan, Drum Liner, Persembahan Payung Terjun, Persembahan Army Red Warrior, Pancaragam Wanita TD dan Pendaftaran Ahli AW baharu.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dan Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar.

Gambar: Lt Kol Ahmad Nazran Ashari dan PW II Mohd Shahril Mat Ali

Access Token not set. You can generate Access Tokens for your Page or Profile on fb.srizon.com. After generating the access token, insert it on the backend
Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close