Eksesais Tiger Leap Siri 1/2018

MELAKA: Seramai lima pegawai dan 107 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja Para (8 RRD Para) melaksanakan Eksesais Tiger Leap Siri 1/2018 melibatkan sebuah Pesawat C 130 H daripada 20 Skn TUDM pada 17 Jan 2018.

Latihan bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan individu di dalam melaksanakan Parachute Operation dalam Peperangan Konvensional selain turut digunakan bagi menilai kemampuan setiap ketua dalam aspek perintah dan kawalan serta keupayaan setiap kumpulan dalam pelaksanaan TTP serta menentukan status Para Readiness di kalangan pegawai dan anggota 10 Bgd (Para).

Turut terlibat dalam penerjunan ialah Pegawai Memerintah 8 RRD (Para), Lt Kol Muhammad Samzie Gusang dan SMR 8 RRD, PW I Basil Ajon.

Gambar: Rjr Jarod Jonep

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close