Semasa

Eks Paksi Kemputra akhiri LKT PALAPES Zon Tengah

NEGERI SEMBILAN: Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi merasmikan acara penutupan Eksesais Paksi Kemputra Latihan Kem Tahunan (LKT) PALAPES Zon Tengah 2 di Ladang Sungai Baru, Port Dickson pada 31 Jan 2018.

Latihan ini menggabungkan empat PALAPES universiti awam iaitu PALAPES Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP)  dimana objektif LKT diadakan untuk menguji pengetahuan dan kemahiran Pegawai Kadet dalam ilmu ketenteraan serta perintah dan kawalan.

Acara penutupan diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Ketua Jurulatih bagi PALAPES yang terlibat yang disempurnakan oleh Panglima Latihan TD.

Gambar: Kpl Mohd Firdaus Alias

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close