MINDEFSemasa

Bajet 2018 Kementerian Pertahanan

KUALA LUMPUR: Majlis Aku Janji Bajet 2018 Kementerian Pertahanan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi diiringi Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 9 Jan 2018.

Antara strategi Bajet 2018 ialah pemantauan dan pelaporan perkembangan program dan projek yang telah dirangka mengikut jadual secara proaktif serta proses perolehan dilakukan lebih awal tanpa perlu menunggu penerimaan agihan awal waran peruntukan pada bulan Jan 2018.

Terdahulu Majlis Menandatangani Aku Janji Bajet serta menerima Buku B60 dan Waran Peruntukan Belanja Mengurus 2018 kepada Agensi Pelaksana yang disaksikan oleh KSU, PAT serta Timbalan KSU (Pengurusan), Dato Mohd Zainy Mohamed Zain.

Majlis diteruskan dengan Ikrar Aku Janji dan Penyampaian Anugerah PTJ Terbaik Berdasarkan Pangauditan AIMS, Anugerah PTJ Terbaik Mengikut Program serta Anugerah PTJ Terbaik Keseluruhan telah diberikan kepada Kumpulan Jurutera Letrik dan Jentera.

Turut hadir PTD, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, PTL, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, PTU, Jen Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM dan Ketua Staf ATM, Lt Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close