Semasa

7 Bgd Bantu Orang Asli

JOHOR: Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) diwakili oleh pasukan Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) melakukan misi Bantuan Kemanusiaan penghantaran makanan ke kawasan pedalaman Orang Asli di sekitar Kahang pada 14 Jan 2018.

Misi Bantuan Kemanusiaan penghantaran makanan telah diaktifkan dengan bantuan keanggotaan seramai dua seksyen dari 5 RAMD sebagai anggota bertugas mengaturgerakkan tiga buah 3 Ton, dua Bot Tempur dan tiga OBM diketuai oleh Pegawai Memerintah 5 RAMD.

Hujan yang berlarutan selama lima hari mengakibatkan beberapa kawasan di Negeri Johor mula dinaiki air hingga menjejaskan laluan utama sesetengah kawasan pedalaman kawasan Orang Asli di sekitar Kahang iaitu Kg Orang Asli Berasau, Kg Orang Asli Sg Peroh dan Kg Orang Asli Pucor turut terjejas dengan laluan utama dan terputus hubungan.

Misi bantuan ini dilihat mendapat reaksi positif penduduk setempat lanjutan tindakan pantas dari kerjasama parlimen setempat, Pusat Operasi Bencana Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

ADUN Kahang, Vidyanathan Ramanadhan turut menyampaikan sumbangan makanan kepada wakil-wakil kampung.

Gambar: LKpl Arief Danial Abdullah

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close