4 DIV Sambut HUT Ke-37

KUALA LUMPUR: Seramai 19 pegawai dan 420 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada pasukan di bawah naungan Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) terlibat dalam Perbarisan sempena Hari Ulang Tahun Ke-37 di Padang Kawad 1 RRD Wardieburn pada 17 Jan 2018.

Perbarisan yang berkonsepkan berjalan lalu ini disertai oleh anggota daripada trup 11 dan 12 Briged dan diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD), Lt Kol Mohd Radzi Othman.

Terdahulu ketibaan Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi di sambut oleh Panglima 11 Bgd, Brig Jen Toh Choon Siang dan Panglima 12 Bgd, Brig Jen Abd Malik Jiran sebelum menerima tabik hormat dan pemeriksaan perbarisan.

Perbarisan diteruskan dengan penyampaian Sijil Kepujian Panglima 4 Div kepada pegawai, anggota LLP dan kakitangan awam yang berkhidmat di 4 Div serta pemakaian pangkat kepada tiga anggota LLP.

Turut hadir Komander 515 AW, Brig Jen Dato’ Fitzgerald Joseph Kilroy Augustin, Komander PIDTD, Kol Romainor Mohamed, Ketua Staf MK 4 Div, Kol Asri Shukor, Pegawai Memerintah  di bawah naungan 4 Div dan BAKAT 4 Div.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close