Semasa

31 Tahun Mengabdikan Diri Dalam RAJD

JOHOR: Seramai 201 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan dan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Terkanan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) di antara PW I Muhammad Azmi Husin dan PW I Abdul Razak Mohamad di Padang Kawad Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM) pada 26 Jan 2018.

Perbarisan diketuai oleh PW I Mohd Rashid Kamis yang terdiri dari empat detasmen diiringi oleh Platun Serunai dari pasukan Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD).

Majlis diteruskan dengan Upacara Menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Serah Tongkat Kuasa SMR Terkanan RAJD yang disaksikan oleh Ketua Jurutera, Mej Jen Dato’ Ir Abdul Nasser Ahmad.

Dalam ucapan SMR Terkanan RAJD, beliau menzahirkan rasa syukur kehadrat Allah kerana telah menganugerahkan rezeki kepada beliau dalam bentuk pangkat dan jawatan yang tinggi sebagai anggota LLP di dalam RAJD, malahan turut diberi peluang menyambung perkhidmatan sehingga ke umur 50 tahun.

Sepanjang 31 saya di dalam perkhidmatan, pagi ini saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga kor serta Ketua Jurutera khasnya yang telah banyak memberi kerjasama dan sokongan semasa saya menjalankan tugas sebagai SMR Terkanan RAJD, selain itu saya ingin memanjatkan nasihat kepada semua warga RAJD agar dapat menjaga nama baik dan kehormatan kor.

Turut hadir Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan, Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Ahmad Nasser Hj Abd Rahman, Timbalan Ketua Jurutera, Brig Jen Ho Hin Chai dan warga RAJD.

Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya dan Saifun Hakimi Zainon

[srizonfbalbum id=139]

 

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close