HUTSemasa

10 Skn RSD Para Sambut HUT Ke-38

MELAKA: Seramai tiga pegawai dan 78 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 10 Skn Rejimen Semboyan Diraja (Para) terlibat dalam Perbarisan sempena HUT 10 Skn RSD (Para) Ke-38 di Padang Kawad Pasukan pada 8 Jan 2018.

Dalam ucapan Pegawai Pemerintah, Mej Zahrul Izwady Zahudin mengingatkan semua lapisan anggota agar sentiasa meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap kepimpinan agar dapat membentuk sebuah pasukan yang mantap dan disegani.

Pada masa yang sama beliau turut membacakan perutusan Ucapan Tahun Baru 2018 Ketua Pegawai Semboyan.

Mengimbas sejarah penubuhan 10 Skn RSD (Para) ditubuhkan pada 1 Jan 1980 dengan nama asalnya Skuadron Semboyan 10 Bgd hinggalah diberikan peranan sebagai Pasukan Aturgerak Cepat ATM pda 1 Mac 1994.

Gambar: SSjn Sarizan Ayob

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close