MK Medan BaratSemasa

UJL 15 Km Uji Kemantapan Warga MK PMBTD

KUALA LUMPUR: Seramai 58 pegawai dan 200 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) terlibat dalam Ujian Jalan Laju (UJL) sejauh 15 kilometer yang diadakan disekitar Kem Perdana pada 13 dan 14 Dis 2017.

Tujuan perlaksanaan UJL ini adalah untuk melatih dan mempraktikan kemahiran asas ketenteraan dan mematuhi arahan latihan yang telah dikeluarkan oleh TD.

Selain itu ianya juga adalah untuk melatih semua pegawai dan anggota agar bekerjasama dalam satu kumpulan selain menguji ketahanan mental serta fizikal anggota yang terlibat.

Turut sama melaksanakan UJL, Ketua Staf Am MK PMBTD, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close