2 DivSemasaVeteran

Taklimat SAVe Peringkat MK 2 Div

PULAU PINANG: Skim Anuiti Veteran (SAVe) dan Perlanjutan Tempoh Perkhidmatan 21 Ke 26 Tahun telah ditaklimatkan oleh Pengarah Urus Gaji Angkatan Tentera (UGAT), Brig Jen Abdul Hadi Md Sharif di Wisma Perwira 2 Div pada 7 Dis 2017.

Taklimat khusus diberikan untuk pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Div) dan pasukan sekitar Negeri Pulau Pinang dan berhampiran.

Melalui taklimat yang disampaikan, SAVe merupakan satu skim yg membantu anggota tentera yang tidak berpencen untuk mengekalkan taraf sosio ekonomi selepas menamatkan perkhidmatan.

Kaedah pelaksanaan adalah dengan mengekalkan 15% caruman kerajaan dalam akaun Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk dijadikan modal pelaburan dan keuntungan pelaburan akan dibayar secara bulanan.

Ianya merupakan satu opsyen bagi anggota yang telah memasuki perkhidmatan sebelum 1 Nov 2017 manakala ianya diwajibkan kepada anggota yang memasuki perkhidmatan setelah 1 Nov 2017.

Pada dasarnya SAVe adalah salah satu inisiatif kerajaan amnya dan ATM khasnya dalam usaha menjaga kebajikan anggota Veteran ATM.

Manakala Perlanjutan Tempoh Perkhidmatan 21 Terus ke 26 Tahun pula memberi ruang dan peluang kepada anggota LLP untuk menikmati faedah persaraan yang lebih tinggi dengan pencen pada kadar 60%. Pelaksanaan ini menggalakkan lebih ramai anggota berkhidmat sehingga tahap yang maksimum disamping menjanjikan faedah yang lebih baik dalam melalui fasa persaraan kelak.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close