Semasa

Sesi Dialog Panglima 12 Bgd Bersama Anggota Kursus

KUALA LUMPUR: Seramai 111 anggota Lain-Lain Pangkat Penuntut Kursus Repalman Kelas 2 Siri 13/2017 terlibat dalam Sesi Dialog Bersama Panglima 12 Briged, Brig Jen Abd Malik Jiran di Dewan Dato’ Othman Harun pada 5 Dis 2017.

Sesi dialog khas ini bertujuan untuk menyampaikan amanat dari pucuk pimpinan kepada generasi muda TD.

Antara perkara yang diberi penekanan oleh Panglima 12 Bgd adalah 5 Teras Pertahanan yang diketengahkan oleh Kementerian Pertahanan, Perkembangan Semasa TD, Halatuju TD, Aspirasi TN50D dan permasalahan serta isu-isu yang berlaku pada masa kini.

Panglima 12 Bgd juga turut memberi peluang kepada penuntut bagi mengutarakan pandangan atau aspirasi mereka demi meningkatkan kualiti hidup serta penambahbaikan dalam organisasi.

Inisiatif pelaksanaan program seperti ini diharap dapat memberi peluang secara terus kepada golongan muda pelapis TD bagi mengutarakan segala hasrat, pandangan mahupun pendapat mereka mengenai aspirasi yang mereka inginkan pada masa hadapan dan sekaligus dapat memupuk nilai keyakinan serta kreativiti anggota muda bagi meneruskan perjalanan sebagai seorang anggota tentera moden pada masa akan datang.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat juga

Close
Back to top button
Close