3 DivSemasa

Seminar Integriti Tingkat Jati Diri Pegawai 3 Div

MELAKA: Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah telah merasmikan Seminar Integriti Organisasi Peringkat 3 Div yang melibatkan 250 orang pegawai di bawah naungan pada 28 Dis 17 bertempat di Kem Terendak, Melaka.

Secara objektifnya, Plan Integriti Organisasi 3 Divisyen merangkumi beberapa aspek diantaranya adalah untuk memberi kesedaran dan penambahbaikkan berhubung dasar dan perundangan integriti dalam formasi, selain turut memberi pendedahan dalam aspek pengetahuan terhadap etika kerja dan integriti agar Plan Integriti Organisasi yang akan diimplementarikan oleh TD dapat difahami, dilaksanakan serta dapat menentukan sistem dan prosedur penyampaian perkhidmatan dalam menangani rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Dalam seminar tersebut, Pengarah dan Ketua Penyelaras Program Pemantauan dan Penilaian Pusat Koordinasi, Pemantauan dan Penilaian Institut Integriti Malaysia, En Hj Hamilye Sham Harun, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, En Abu Talib Othman dan Pegawai Staf 1 Integriti Bahagian Inspektorat Tentera Darat, Lt Kol Muhammad Rafi Abdul Kadir telah dijemput sebagai penceramah.

Turut hadir di dalam seminar ini adalah Panglima 1 Bgd, Brig Jen Hj Reduan Hj Omar, Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Hassan Loman dan Komander Artileri Divisyen 3 Divisyen, Brig Jen Dato’ Nordin Hj Salleh.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close