Semasa

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat 9 Bgd

SARAWAK: Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) telah menganjurkan Majilis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat 9 Briged bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bertempat di Masjid Al Hidayah Kem Oya, Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) pada 6 Dis 2017.

Pelaksanaan majilis ini bertujuan untuk menanam kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam diri setiap muslim disamping dapat mengeratkan hubungan diantara warga 9 Bgd.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan perarakan sambil berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W daripada padang kawad 3 RRD sehingga ke Masjid Al Hidayah dan disusuli dengan ceramah daripada penceramah jemputan Ustaz Yusuf Abdullah dari SK Abang Ali, Sibu seterusnya diakhiri dengan makan secara berjemaah berkonsepkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Turut hadir bersama Ketua Staf MK 9 Bgd, Lt Kol Jauhari Talib, Pegawai Memerintah 3 RRD, Lt Kol Abdul Razak Hashim, Timbalan Komander Rejimen 510 (AW), Lt Kol Zakaria Abdul Rahman dan pegawai-pegawai pemerintah di bawah naugan 9 Bgd.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close