MK Latihan & DoktrinSemasa

Pertandingan Road Relay Uji Ketahanan PM Tentera Darat

NEGERI SEMBILAN: Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) telah melaksanakan Pertandingan Road Relay Perajurit Muda (PM) Siri 184/17 di Port Dickson pada 28 Sep 2017.

Pertandingan yang merupakan acara wajib bagi setiap siri latihan Perajurit Muda ini adalah salah satu bentuk persaingan yang menguji kelasakan serta membina keteguhan fizikal dan mental Perajurit Muda, selain membentuk kepimpinan, semangat kerjasama dalam pasukan serta semangat juang yang tinggi apabila berhadapan dengan keletihan dan cabaran.

Di dalam pertandingan ini, setiap kumpulan perlu membuat larian membawa kayu log dan merentasi perairan, merentas halangan bersama tayar serta larian membawa tong peluru dan kemenangan ditentukan berdasarkan catatan kepantasan masa kumpulan yang menamatkan setiap disiplin.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close