1 DivHUTSemasa

Pertandingan Menembak Jatuh Piring Sempena HUT 1 Div Ke-51

SARAWAK: Pertandingan Menembak Jatuh Piring Sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (MK 1 Div) Ke-51 telah berlangsung bertempat di Lapang Sasar 400, Sempadi pada 7 Dis 2017.

Acara menembak ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan bagi menguji dan melihat kemampuan dan ketepatan serta mengerat hubungan bersama anggota tentera dibawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia.

Sebanyak 38 kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan pada kali ini. Acara yang dipertandingkan adalah Kategori Unit Besar yang dimenangi oleh Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kategori Unit Kecil Rejimen Pertama Polis Tentera Diraja dan Kategori Pegawai yang dimenangi oleh Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia.

Disebelah petang Pertandingan Menembak Jatuh Piring diteruskan dengan acara Menembak Piring Jemputan yang terdiri dari Pemimpin-pemimpin Tempatan Bersama Tentera dan juga Kelab Menembak Divisyen Pertama, Sarawak.

Pertandingan Menembak Jatuh Piring Jemputan telah diungguli oleh Kumpulan yang diketuai oleh Panglima 31 Bgd, Brig Jen Dato’ Haji Fadzil Tajudin.

Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw.

Turut Hadir disepanjang acara YB Datuk Dr Jerip Susil, Menteri Muda Pengangkutan, Pemimpin Tempatan serta Panglima-panglima Formasi dan Pegawai-Kanan dibawah Divisyen Pertama Infantri Malaysia.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat juga
Close
Back to top button
Close
Close