Bersama PemimpinSemasa

Perdana Menteri Prihatin Rakyat: PW II Mohd Shahril Mat Ali Memenangi Hadiah Sagu Hati

KUALA LUMPUR: Penyertaan jurugambar Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM),  PW II Mohd Shahril Mat Ali pada Pertandingan Fotografi ‘Perdana Menteri Prihatin Rakyat’, nyata membuahkan hasil apabila karyanya dipilih sebagai pemenang saguhati dan menerima hadiah wang tunai RM500 yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 5 Dis 2017.

Gambar Yang Dimenangi Oleh PW II Mohd Shahril Mat Ali Dalam Pertandingan Foto PM Prihatin Rakyat

Sementara itu, jurugambar NSTP iaitu Ghazali Kori muncul sebagai pemenang utama dengan menerima hadiah wang tunai RM5,000 manakala lain-lain jurugambar muncul pemenang tempat kedua, ketiga dan saguhati serta masing-masing menerima hadiah wang tunai.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri (TPM) Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN) Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Gambar Oleh: Lt Kol Ahmad Nazran dan Sjn Saiful Fazley Rusli

 

 

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker