2 DivSemasa

Perarakan Sambutan Maulidur Rasul

PULAU PINANG: Pasukan gabungan di bawah naungan 2 Div diketuai oleh 2 Rej KPTD dalam Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1439H/2017M telah dianugerahkan sebagai kontinjen terbaik yang menerima hadiah berupa wang tunai RM1000.00, plaka dan sijil penyertaan pada 1 Dis 2017.

Seramai 42 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dengan perarakan serta satu platun pasukan pengiring bagi setiap kontinjen perbarisan.

Majlis sambutan dimulakan dengan Pergerakan Ummah yang bermula daripada Institut Latihan dan Perindustrian (ILP), Bukit Panchor, Nibong Tebal Seberang Perai Selatan ke Masjid Nurul Iman, Bukit Panchor.

Majlis penganugerahan tokoh-tokoh malidurrasul dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker