4 DivBAKATSemasa

Penyampaian Bantuan Persekolahan BAKAT 4 Div

KUALA LUMPUR: Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera 4 Div (BAKAT 4 Div) mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan BAKAT 4 Div yang disempurnakan oleh Pengerusi BAKAT 12 Bgd, Melorwati Sapari yang mewakili Pengerusi BAKAT 4 Div di Dewan Anjung Seri 12 Bgd pada 29 Dis 2017.

Sumbangan yang diberikan adalah sepasang baju sekolah dalam bentuk kupon dan perlu ditukarkan di Pusat Seragam Taman Keramat Permai yang mana sumbangan ini adalah sumbangan dari BAKAT Darat kepada BAKAT 4 Div dan telah diserahkan kepada wakil Pengerusi Bakat 11 Bgd, Noraida Abu Bakar, wakil Pengerusi 12 Bgd, Kapt Siti Nor Madiha Mohd Shamshudinan dan wakil Pengerusi BAKAT Gabungan 4 Div Aspalila Abdullah.

Turut hadir Panglima 12 Bgd, Brig Jen Malik Jiran, Komander PIDTD, Romainor Mohamed dan Ketua Staf MK 4 Div, Kol Asri Shukor.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close