SemasaTrup TD

Penutup Kursus Jurulatih Payung Terjun

TERENGGANU: Seramai 9 pegawai dan 98 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah berjaya menamatkan Kursus Jurulatih Payung Terjun Siri JLPT/1/17, Kursus Pandu Udara Siri PU/1/17 dan Kursus Asas Payung Terjun Siri APT/5/17 yang dilaksanakan oleh Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) bertempat di Pangkalan Udara Gong Kedak pada 8 Dis 2017.

Upacara Pemakaian Sayap dan penutup telah disempurnakan oleh Komandan PULPAK, Kol Adi Ridzwan Abdullah bagi ketiga-tiga kursus tersebut. Latihan penerjunan dibantu oleh pesawat C130 dari 20 Skn TUDM.

Disamping itu juga, latihan penerjunan bebas turut dilaksanakan bagi Kursus Terjun Bebas Khas Siri TBK/3/17 yang melibat dua pegawai dan 10 anggota LLP yang akan meneruskan latihan penerjunan pada minggu hadapan di Tawau, Sabah.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close