4 DivBAKATSemasa

Pengerusi BAKAT 4 Div Lawat PPDK

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) 4 Div, Datin Norhayati Usul turut serta dalam Program BAKAT bersama Pelatih PPDK 4 Div yang dianjurkan oleh BAKAT 12 Bgd di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) pada 5 Dis 2017.

Antara program lawatan ini diisi dengan aktiviti seperti memasak, membuat kraftangan dan fisioterapi yang turut disertai serta mendapat kerjasama dari para pelajar Kolej MAHSA Bandar Saujana Putra.

Objektif utama program amal yang dilaksanakan ini adalah bagi membantu dan melatih anak-anak istimewa ini dalam menjalankan urusan kehidupan seharian, disamping itu program ini turut memberi sedikit pendedahan ilmu kepada ibubapa penjaga bagi menguruskan emosi dan tingkah laku anak-anak istimewa tersebut.

Program ini di akhiri dengan penyerahan cenderhati kepada pelajar MAHSA dan penyerahan kraftangan kepada pelatih-pelatih PPDK.

Turut hadir Pengerusi BAKAT 11 Bgd, Shirley Leong Ay Yong.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close