4 DivSemasaSukan

PCB 4 DIV NAIB JOHAN LIGA PCB ATM

KUALA LUMPUR: Nasib tidak menyebelahi Pasukan Pusat Cemerlang Bolasepak Divisyen Keempat Infantri Malaysia (PCB 4 DIV) apabila tumpas 10-0 kepada PCB Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut (PCB TLDM Lumut) dalam perlawanan akhir Kejohanan Liga Pusat Cemerlang Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia (16 tahun kebawah) yang disempurnakan oleh Pengerusi Bola Sepak TLDM, Komander Ahmad Rashidi Otman bertempat di Kompleks Sukan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 8 Dis 2017.

Kejohanan yang telah berlangsung selama lima hari bermula 4 hingga 8 Dis 2017 ini telah disertai 10 PCB ATM iaitu 3 Div, 4 Div, 2 Bgd, 6 Bgd, 7 Bgd, 8 Bgd, Kem Kementah, Garison Gemas, TLDM Lumut dan TUDM Subang yang mewakilkan pemain terbaik dikalangan anak-anak tentera berobjektif mengenal pasti dan mencari bakat-bakat baru untuk diserapkan ke Akademi Bolasepak ATM di Kem Terendak Melaka.

Turut hadir dalam perlawanan akhir tersebut adalah Pegawai Staf 1 Persatuan Bolasepak ATM, Lt Kol Uzir H.M Said Abdullah, Setiausaha Bolasepak TLDM, Lt Komander Meor Fuad Zakaria, Pegawai Sukan Pangkalan Udara Subang, Mej Yusrizal Zain dan keluarga pemain.

[srizonfbalbum id=75]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close