SemasaTrup TD

MMR PTTK 10 Bgd (Para)

MELAKA: Seramai 320 Pegawai Tanpa Tauliah Kanan (PTTK) 10 Briged (Para) terlibat dalam Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) bersempena sambutan Hari Ulang Tahun Bgd Ke-23 di Hotel Equatorial Melaka pada 23 Dis 2017.

Majlis MMR bukan sahaja mampu bagi mengekalkan tradisi serta nilai rejimental di Bgd ini, ianya sekaligus dapat memberi pendedahan kepada Bintara Muda dalam aspek perancangan, pengurusan dan penglibatan terus di acara ini. Majlis ini turut meraikan PW 1 Shahnon Che Lah dari Kompeni Perubatan Para yang bertukar keluar ke BPK sebagai RSM Kor KKD.

Dalam ucapan Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha sehingga majlis MMR ini dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Beliau juga menyeru agar tahap profesionalisme semua Para Bintara sentiasa dikekalkan dan dipelihara, sesuai dengan peranannya, sebagai tulang belakang kepada pasukan dan organisasi.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close