MK PMBTD Adakan Officer’s Intelectual Forum

KUALA LUMPUR: Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) mengadakan Officer’s Intelectual Forum yang merupakan salah satu wadah pencambahan ilmu di kalangan pegawai di bawah naungan MK PMBTD dengan konsep untuk menambah ilmu dan berkongsi pengalaman di Wisma Perwira MK PMBTD pada 8 Dis 2017.

Majlis bermula dengan syarahan dari Kol Perubatan MK PMBTD, Kol (Dr) Shamsul Bahary Muhamad dengan tajuk syarahannya War Against Obesity yang melibatkan semua ahli Wisma MK PMBTD.

Kol (Dr) Shamsul Bahary Muhamad dalam syarahannya menekankan betapa pentingnya menjaga pemakanan yang seimbang dan sihat bagi meningkatkan tahap kesihatan anggota tentera pada tahap yang tinggi.

Menurutnya lagi, semua anggota tentera perlu mengubah cara hidup dengan mengamalkan senaman yang konsisten dan mengelakkan rokok serta kebergantungan kepada produk-produk menguruskan badan yang tidak diiktiraf oleh KKM.

Majlis turut diserikan lagi dengan meraikan penganugerahan pingat Johan Mangku Negara dan sambutan hari lahir KS Am MK PMBTD, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close