FotografiVeteran

Mengintai Keindahan Royal Belum

bersama pelatih Kursus Grafik dan Fotomedia PERHEBAT

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

[dropcap]K[/dropcap]eindahan semula jadi Royal Belum, Perak yang menjadi bualan peminat fotografi bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia juga telah menarik perhatian pelatih-pelatih dan tenaga pengajar Kursus Usahawan Fotomedia Siri 3/2017 dan Kursus Usahawan Grafik Siri 3/2017 Perbadananan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) untuk dijadikan projek akhir mereka.

Menamakan projek ini Xplorasi Royal Belum Heritage 2017, seramai empat orang tenaga pengajar diketuai oleh Hj Khatim Taii Haraman Khalid, Ketua Seksyen Percetakan dan Fotografi, dan 15 orang pelatih kedua-dua kursus ini berganding bahu merancang eksplorasi ini yang dilaksanakan pada 20 hingga 22 Oktober 2017 dengan persiapan yang cukup lengkap untuk menghasilkan persembahan mereka pada penghujung kursus.

Penulis merasa bertuah kerana dijemput khas bagi menyertai ekspedisi ini bersama Lt Kol Azaharul Shah Nordin (Bersara) dan PW I Shamsul Kamal Zakaria (Bersara) untuk bersama-sama memberi tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman dan pada masa yang sama penulis juga dimohon untuk membawa dron untuk diperkenalkan kepada pelatih dan merakam gambar serta video dari udara.  Ternyata, rakaman video dan gambar dari sudut tinggi banyak membantu hasil kerja mereka.

Tujuan program ini bagi kedua-dua kursus ini adaah untuk menghasilkan apa yang telah dipelajari oleh pelatih-pelatih selama mereka di PERHEBAT.  Bagi pelatih Kursus Grafik hasil akhir mereka adalah sebuah jurnal edisi khas Xplorasi Royal Belum Heritage 2017 manakala pelatih Kursus Fotomedia pula menghasilkan satu video dokumentari Royal Belum.

Pada 19 Oktober jam 2200 kami berkumpul di PERHEBAT untuk persiapan dan taklimat akhir.  Pelatih-pelatih Kursus Grafik telah siap menyediakan pelekat-pelekat ekspedisi untuk ditampal pada kenderaan dan juga t-shirt ekspedisi yang mana menggunakan kepakaran yang dipelajari PERHEBAT.  Bekalan makanan kering dan basah juga telah siap untuk diangkut ke kenderaan.  Kami bergerak pada jam 2330 dan tiba di jeti Tasik Banding pada jam 0900 setelah berhenti di Gerik menunaikan solat Subuh dan sarapan pagi.

Sebuah house boat yang boleh memuatkan 20 orang telah disewa sepanjang program ini.  Kami memulakan perjalanan dari jeti Banding jam 1100 menuju kei Kampung Aman Damai dan Kampung Seri Wangi satu perkampungan orang asli dari puak Jahai. Perjalanan yang mengambil masa tiga jam ini dipenuhi dengan aktiviti mengambil gambar keindahan semulajadi Royal Belum, aktiviti memasak dan penulis sendiri memberi sedikit tunjuk ajar pengendalian dron dimana salah seorang pelatih berjaya mengendalikan dron dan merakam video dan gambar dari udara.

Access Token not set. You can generate Access Tokens for your Page or Profile on fb.srizon.com. After generating the access token, insert it on the backend

Buku-buku lukisan kanak-kanak, peralatan melukis dan gambar-gambar penduduk Kg Aman Damai dan Kg Seri Wangi yang beliau rakam terlebih dahulu yang disumbangkan oleh En Robin Lee (seorang rakan jurugambar yang semakin meningkat) telah memeriahkan lagi program ini. Anak-anak kecil orang asli ini nampaknya amat gembira dapat melukis dengan kreativiti mereka tersendiri dan menerima buah tangan yang lain. Keluarga-keluarga yang menerima gambar mereka yang siap dibingkaikan berterima kasih kerana jarang sekali para pelancong yang datang mengambil gambar mereka menyerahkan balik gambar-gambar mereka.

Access Token not set. You can generate Access Tokens for your Page or Profile on fb.srizon.com. After generating the access token, insert it on the backend

Selepas selesai aktiviti di Kg Aman Damai dan Kg Seri Wangi, house boat kami berlabuh di satu tempat yang agak menarik.  Di sana, sambil menunggu malam ada di antara kami yang memancing dan bermain rakit sambil mandi manda di tasik.  Penulis, Lt Kol Azharul dan PW I Shamsul mengambil peluang ini merakam gambar-gambar landscape termasuk sunset.  Walau bagaimanapun, cuaca yang berawan tebal dan lokasi yang tidak sesuai menghalang kami untuk mendapatkan rakaman yang terbaik.

Lokasi di sini tidak sesuai untuk sunset. Walau bagaimanapun kami dapat juga biasan golden hour pada petang itu. Gambar ini adalah hasil photo merge lima frame untuk dijadikan panorama.

Keesokan harinya kami ke Kem Sg Papan melaksanakan aktiviti jungle tracking ke Jenut Kem Sg Papan.  Di sana penulis mengambil peluang mengambil gambar-gambar macro dan gambar-gambar sekitar kem tersebut.  Pada petangnya aktiviti diteruskan ke Air Terjun Sg Ruok dan Sanctuary Ikan Kelah, namun masa tidak mengizinkan dan aktiviti rakaman disambung pada pagi hari ketiga.

Access Token not set. You can generate Access Tokens for your Page or Profile on fb.srizon.com. After generating the access token, insert it on the backend

Pada hari terakhir kami sekali lagi ke Air Terjun Sg Ruok dan Sanctuary Ikan Kelah untuk menyambung rakaman.  Peluang ini diambil untuk merakam gambar-gambar air terjun dan juga mengambil kesempatan untuk mandi manda.

Access Token not set. You can generate Access Tokens for your Page or Profile on fb.srizon.com. After generating the access token, insert it on the backend

Sepanjang program ini, penulis merasa kagum memerhatikan kesungguhan pelatih-pelatih melaksanakan tugasan mereka di sepanjang program ini dengan bantuan dan panduan yang berterusan dari tenaga-tenaga pengajar.  Semangat setiakawan di antara mereka juga tinggi. Tidak sabar menunggu hasil projek daripada mereka.

Akhirnya pada 18 Dis 2017, penulis, Lt Kol Azharul, PW I Shamsul dan Encik Robin Lee dijemput khas oleh PERHEBAT untuk menyaksikan persembahan hasil dari program tersebut iaitu satu video dan sebuah buku jurnal. Saksikan video dan buku jurnal yang dihasilkan oleh pelatih-pelatih PERHEBAT ini.

Jurnal bergambar yang dihasilkan oleh pelatih Kursus Usahawan Grafik hasil program Xplorasi Royal Belum 2017. Sila klik di sini untuk membaca dalam versi digital.

Ternyata penulis tidak kecewa melihat sendiri kedua-dua hasil mereka ini, boleh dikatakan ianya boleh diterima di dalam industri bidang-bidang yang berkenaan pada masa sekarang.  Walaupun ada sedikit kekurangan yang boleh diabaikan, penulis faham kekangan-kekangan yang ada di PERHEBAT. Rumusannya PERHEBAT berjaya memberi ilmu pengetahuan kepada bakal-bakal pesara ATM supaya mereka bersedia menghadapi dunia baru. Tahniah diucapkan!

[box type=”success” align=”aligncenter” class=”” width=””]

APA KATA MEREKA?

PW I Kamaruzaman Mat

PW I Kamaruzaman Mat, 43 tahun dari Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja, memilih kursus Fotomedia ini kerana amat berminat dalam bidang fotografi dan videografi yang bercadang membuka satu perniagaan sampingan dalam bidang ini.  Beliau amat berterima kasih kepada tenaga pengajar yang tidak putus-putus membimbing dan mencurahkan ilmu kepada pelatih-pelatih secara teori dan amali walaupun dengan peralatan serta kelengkapan yang serba kekurangan.

Lt Mohd Nasarudin Mohammad

Bagi Lt Nasaruddin Mohamad, 42 tahun dari Rejimen Askar Wataniah dengan adanya kursus ini beliau mengambil peluang meluaskan pengetahuan dalam bidang grafik di PERHEBAT yang kini menjadi seorang usahawan dalam fotografi.  Beliau merasakan ilmu yang dipelajari cukup banyak untuk memperbaiki dan meluaskan apa yang diusahakan oleh beliau sekarang.

LK Siti Nur Fariziana Fariduddin

Manakala Laskar Kanan Siti Nur Fariziana Fariduddin, 33 tahun dari TLDM, berhasrat menjadi usahawan dalam bidang fotografi dan percetakan sebagi karier di masa akan datang.  Beliau banyak mempelajari teknik-teknik mengedit grafik dengan menggunakan perisian-perisian yang terkini di PERHEBAT dan merasa besyukur dapat mempelajari ilmu dari tenaga-tenaga pengajar yang luas pengalaman.

Sjn Lamin Safar

Sjn Lamin Safar dari Rejimen Askar Wataniah, seorang jurugambar pasukan telah memilih Kursus FotoMedia ini untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ini bagi memantapkan kerjaya beliau sekarang sebagai soeorang jurugambar professional.  Beliau memuji sikap dedikasi tenaga pengajar yang menentukan hasil yang terbaik daripada pelatih-pelatih.

[/box]

 

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close