Semasa

Markas ATM Anjur Roadshow NCO

KUALA LUMPUR: Seramai 35 orang pegawai daripada Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD), Markas Grup Artileri Pertahanan Udara (MK GAPU) dan Batalion Ke-71 Rejimen Semboyan Diraja (71 RSD) terlibat dalam Roadshow NCO ATM anjuran Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (KOMLEK) bermula 6 hingga 7 Nov 2017.

Roadshow NCO ATM ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan berkenaan fungsi dan peranan NCO di kalangan Pegawai di bawah naungan MK PMBTD, selain untuk memberi pendedahan berkenaan Sistem NCO ATM Fasa 1A serta Rancangan Pembangunan NCO ATM pada masa hadapan.

Dalam pada itu, jelajah ini turut memberi pendedahan serta pengetahuan berkaitan sistem-sistem komunikasi, peranan dan fungsi unit-unit yang terdapat di bawah naungan KOMLEK, MK ATM.

Pada hari pertama roadshow ini berlangsung, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jeneral Datuk Azizan Md Delin telah menerima Kunjungan Hormat daripada Asisten Ketua Staf KOMLEK, Laksda Dato’ Aris Adi Tan Abdullah dan terdahulu daripada itu ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Staf Perkhidmatan MK PMBTD, Brig Jen Dato’ Haji Abdul Khalid Hamzah dan Pengarah Semboyan MK PMBTD, Brig Jen Hj Zolkefli Hj Saini.

Selesai kunjungan hormat, sesi taklimat roadshow dilaksanakan dan disampaikan oleh AKS KOMLEK, Pengarah C2/NCO, Kol Mohd Rashid Abdul Razak serta PS 1 SK, Lt Kol Mohd Azlizam Hj Uda dan Peg Memerintah Rejimen Perhubungan Strategik, Kol Hj Zakaria Hj Abu.

Pada hari kedua pula, berlangsung lawatan ke Pusat Latihan Peperangan Elektronik, Pusat Komunikasi Satelit ATM dan Rejimen Perhubungan Strategik di Kem Paya Jaras serta taklimat yang disampaikan oleh Pengarah C2/NCO, Kol Mohd Rashid Abdul Razak dan Komandan PLPE, Lt Kol Mohammed Rizal Zakaria memberikan penerangan dan sesi soal jawab disepanjang lawatan.

Turur hadir dalam menyaksikan jelajah tersebut ialah Panglima GAPU, Brig Jen Dato’ Yusri Anwar, KSP MK PMBTD, Brig Jen Dato’ Haji Abdul Khalid Hamzah dan Pengarah Semboyan MK PMBTD, Hj Zolkefli Hj Saini turut sama menyaksikan taklimat yang disampaikan.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close