Semasa

Majlis Penutup Kursus Asas TTS 9 Bgd

SARAWAK: Seramai 71 penuntut Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata (TTS) Siri 4/2017 berjaya menamatkan Kursus Asas TTS peringkat Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) yang bermula dari 15 Okt sehingga 16 Dis 2017 di 9 Kompeni Kor Polis DiRaja (9 KPTD) Kem RASCOM pada 16 Dis 2017.

TTS atau juga dikenali dengan nama ‘unarmed combat’ merupakan satu teknik pertahanan diri jarak dekat dengan beradu tenaga tanpa menggunakan sebarang senjata pendek seperti kayu, pisau dan seumpamanya.

Brig Jen Dato’ Dzulkafli bin Hj Mustaffa, Panglima 9 Bgd telah menyempurnakan majlis penutup tersebut dan menyampaikan hadiah kepada penuntut terbaik keseluruhan iaitu Rjr Mohamad Rasul Iqbal bin Roslan dari Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD). Dalam majlis tersebut juga upacara pemakaian pangkat LKpl kepada Pbt Mohamad Harris Farhan bin Baharudin dari Batalion Ketujuh Rejimen Sempadan (7 RS) telah dilaksanakan.

Dalam ucapan Panglima, beliau menyeru kepada semua penuntut supaya menggunakan segala ilmu yang dipelajari ke arah kebaikan dan berharap agar ia dapat menjadi pemankin kepada pembentukan satu generasi tentera yang berpengetahuan luas serta mempunyai tahap ketahanan diri yang tinggi sesuai dengan tugas yang telah diamanahkan iaitu sebagai benteng pertahanan negara.

Turut hadir ialah Lt Kol Jauhari bin Talib, Ketua Staf 9 Bgd dan Mej Addboery Kaling, Pegawai Pemerintah 9 Komp KPTD selaku tuan rumah, Pegawai-Pegawai Memerintah dan Pegawai-Pegawai Pemerintah di bawah naugan 9 Bgd.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close