Semasa

Latihan UKPS Perajurit Muda TD Siri 184/17

NEGERI SEMBILAN: Seramai 1697 Perajurit Muda (PM) Latihan Asas Perajurit Muda diteruskan dengan Latihan Ujian Kemahiran Pengendalian Senjata (UKPS) bermula 18 hingga 25 Dis 2017 bertempat di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Latihan ini bertujuan untuk menguji kemahiran PM dalam pengendalian senjata dan memperkasakan tahap keyakinan PM menerusi pelaksanaan latihan-latihan yang dilaksanakan.

Latihan yang dijalankan adalah Latihan Tembak Tempur Individu (LTTI) , Serang Hendap dan Inokulasi Tempur. Latihan ini memerlukan PM untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan senjata persendirian dan kemahiran menembak dalam situasi taktikal. Selain itu, latihan ini dapat menguji keupayaan PM dalam mengesan sasaran dengan pantas dan menembak dengan tepat dalam pelbagai kedudukan.

Manakala latihan Inokulasi Tempur dilakukan bagi melatih dan memberi pendedahan kepada PM mengenai suasana pertempuran sebenar. Selain itu, latihan ini dapat meningkatkan daya kepimpinan dan keberanian serta ketahanan fizikal PM. Malah, ianya dapat menguji daya kepimpinan serta perintah dan kawalan PM di peringkat platun dan seksyen.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Lihat juga

Close
Back to top button
Close