MK Latihan & DoktrinSemasa

Kursus Kombat Gerak Khas dan Pelipat Paracut Tingkat Kemahiran Anggota GGK

MELAKA: Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kol Adi Ridzwan Abdullah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Kombat Gerak Khas Siri KGK/1/17 dan Kursus Pelipat Paracut Siri PLP/2/17 bertempat di PULPAK pada 28 Dis 2017.

Kursus Kombat Gerak Khas yang disertai 12 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) menyaksikan Penuntut Keseluruhan Terbaik disandang oleh LKpl Mohamad Sahrul Nizam Zulkifli (11 RGK), Penuntut Kombat Terbaik disandang oleh Pbt Mohamad Fairuz Mohd Nor daripada Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ) dan Baling Pisau Terbaik pula disandang oleh 1Tpr Ayudi Rahman Rosli (22 KDO).

Bagi Kursus Pelipat Paracut pula, ia dihadiri seramai seorang pegawai dan 19 LLP dan Penuntut Keseluruhan Terbaik bagi kursus ini disandang oleh LK II Nazrol Hakim Che Sharuji daripada Pasukan Khas Laut (PASKAL) manakala Penuntut Akademik Terbaik disandang oleh Kpl Mohamad Shaiful Amri Mansor daripada Very Able Trooper-69 (VAT 69).

Dalam ucapan Komandan, beliau mengingatkan bahawa setiap pasukan khas dari pelbagai perkhidmatan tidak kira Gerak Khas, VAT 69, PASKAU PASKAL dan unit-unit lain, harus sentiasa menjaga nama baik perkhidmatan dan terus membanggakan negara.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close