Jalan Laju 30KM Uji Kecergasan 10 Bgd (Para)

MELAKA: Majlis Penutup Pertandingan Jalan Laju 30KM Peringkat 10 Bgd (Para) disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim di Padang Bola pada 19 Dis 2017.

Objektif pertandingan yang dianjurkan oleh 17 RAMD (Para) ini bertujuan untuk menguji kecergasan mental dan fizikal serta kemampuan daya tahan sub unit dalam apa jua keadaan di samping kawalan dan perintah serta meningkatkan kerjasama dalam kumpulan aturgerak.

Johan unit besar dimenangi oleh 9 RAMD (Para) manakala johan unit kecil berjaya disandang 361 RAD (Para) dalam dua kategori yang dipertandingkan.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close