HUTSemasa

Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Rejimen Sempena HUT 22 RAMD Ke-38

SABAH: Seramai 14 pegawai dan 183 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) terlibat dalam Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Rejimen Sempena Hari Ulang Tahun 22 RAMD Ke-38 di Padang Kawad 22 RAMD pada 29 Dis 2017.

Perbarisan diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah 22 RAMD, Mej Mohamad Zunaidi Atimin dan diiringi oleh Platun Tambor Serunai 22 RAMD dibawah pimpinan Drum Mej, PW II Mohd Nordin Mohd Noor.

Dalam ucapan Pegawai Memerintah 22 RAMD, Lt Kol Adam Buqhary Amzah telah menyingkap kembali kisah pengorbanan rakan-rakan seperjuangan yang pernah berkhidmat di 22 RAMD yang terkorban dalam melaksanakan tugas mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan agama.

Beliau juga menyeru agar semua warga 22 RAMD melipat gandakan penugasan hakiki supaya pasukan akan terus cemerlang dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan berkesan.

Pada masa sama acara sambutan HUT 22 RAMD turut diadakan bacaan khutbah khas bertajuk Berjuang Terus Berjuang yang disampaikan oleh Pegawai Agama Pasukan, Lt Mohd Muttaqin Mulup.

Turut hadir adalah pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan dan Agensi Awam Daerah Sandakan.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close