Semasa

Eksesais Pasak Bumi (EPB) Memantapkan 4 Bgd (Mek)

Johor: Seramai 21 pegawai dan 725 anggota Lain-Lain Pangkat 4 Bgd (Mek) telah melaksanakan Eks Pasak Bumi Perdana Siri 4/2017 mulai 10 hingga 18 Dis 17 bertempat di sekitar kawasan am Sagil, kawasan Rizab Gunung Ledang Johor dan kawasan am Asahan, Melaka iaitu melibatkan jarak sejauh 40km.

Upacara penutup latihan telah dilaksanakan di kawasan am Sagil, Johor yang disempurnakan oleh Panglima 4 Bgd (Mek) Brig Jen Dato’ Md Din bin Hj Abu.¬†Objektif eksesais adalah mempertingkatkan daya pemerintahan dan kawalan di peringkat seksyen, platun dan kompeni dalam keadaan yang mencabar. Mempertingkatkan kemahiran pandu arah, disiplin medan, Ilmu medan Perang (IMP) serta mempertingkatkan kemahiran ketua kompeni, ketua platun dan ketua seksyen dalam membuat perancangan dan melaksanakan serangan serta merta dengan serangan khemah musuh untuk pasukan tempur demi memupuk semangat kerjasama serta setiakawan di kalangan anggota pasukan.

[srizonfbalbum id=109]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close