MK Medan BaratSemasa

EKS LEMBING SAKTI Uji Taring Bgd Arti Roket

PERAK: Briged Artileri Roket telah melaksanakan Eksesais Lembing Sakti 2017 yang melibatkan latihan aturgerak dan tembakan roket hidup SRLB ASTROS II bermula dari 30 Nov hingga 7 Dis 17.

Eksesais ini telah dilaksanakan oleh pasukan A Bateri (A Bti), 52 RAD. Latihan atur gerak bermula dari Taiping hingga ke Tanjung Hantu, Lumut dan seterusnya latihan tembakan roket hidup telah dilaksanakan.

Latihan yang disaksikan Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin mempamerkan keupayaan A Bti 52 RAD dalam melaksanakan tembakan roket hidup SS 60 dan SS 80 di Tempat Pelancar SRLB ASTROS II, Tanjung Hantu, Lumut Perak.

Dalam ucapan Panglima Briged Artileri Roket, Brig Jen Dato’ Wee Han Siew sebagai Penaung Eksesais semasa upacara perasmian Eksesais menegaskan eksesais ini bertujuan menguji tahap kesiagaan dan kecekapan anggota bagi pengendalian SRLB ASTROS II berpandukan Sistem Latihan dan Penilaian TD (ARTEP) yang juga turut dibantu oleh TLDM, TUDM dan agensi penguatkuasa awam setempat dalam keselamatan latihan.

Turut hadir menyaksikan adalah Panglima Pemerintahan Armada Barat TLDM, Laksdya Dato’ Seri Panglima Mohamad Roslan Mohamad Ramli.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker