MK Latihan & Doktrin

EKS Helang Laut Melabuhkan Tirai

LABUAN: Seramai 10 pegawai dan 17 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah berjaya melaksanakan Latihan Akhir Eksesais Helang Laut di sekitar perairan Labuan pada 19 Dis 2017.

Eks yang bermula pada 8 Dis sehingga 19 Dis 17 merupakan latihan akhir yang melibatkan Kursus Pegawai Muda Gerak Khas Siri PMGK/1/2017 dan Kursus Penolong Ketua Perenang Tempur Siri PKPT/1/2017 dan Upacara Penutup telah disempurnakan oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi bertempat di Kapal Auxiliary MT Bunga Mas 5 (BM5).

Eks ini merupakan pelaksanaan Atur Gerak Pasukan Khusus Amfibi Skala Kecil yang melibatkan penggunaan aset-aset ATM, iaitu Darat, Laut dan Udara. Pelaksanaan Eksesais ini melibatkan empat fasa iaitu fasa pertama – latihan pesawat menggunakan pesawat EC 725 daripada 5 Skn TUDM, fasa Kedua – Latihan Intelligence Surveillance Reconnaissance (ISR) terhadap sasaran Penting di Sekitar Labuan, fasa ketiga – latihan Raid ke atas Sasaran penting yang dipilih dan fasa terakhir – latihan Menyelamat Tebusan diatas Kapal Laut.

Penuntut kursus terbaik bagi Kursus Pegawai Muda Gerak Khas Siri PMGK/1/2017 dinobatkan kepada Kapt Ahmad Tarmizi Abu Bakar daripada 11 RGK dan penuntut terbaik bagi Kursus Penolong Ketua Perenang Tempur Siri PKPT/1/2017 dinobatkan kepada SSjn Buranurdin Sali daripada PULPAK.

Turut hadir ialah Komandan PULPAK Kol Adi Ridzwan Abdullah, Pegawai Memerintah Kapal Auxiliary MT Bunga Mas Lima, Komander Banggau Anak Limbing TLDM dan Pegawai Memerintah 5 Skuadron TUDM, Lt Kol Juma’in Saadon TUDM.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close