Semasa

Bantuan Kesihatan Untuk Penduduk Kg Gelam

SARAWAK: Seramai tiga pegawai dan lima anggota Lain-Lain Pangkat dari Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD), 803 Rumah Sakit Angkatan Tentera (803 RSAT), 624 Pusat Pergigian Angkatan Tentera (624 PGAT), 9 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja dan Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (MK 9 Bgd) telah melaksanakan Program Jiwa Murni Mobile Outreach Programme (MOP) di Madrasah Kampung Gelam, Song pada 12 Dis 2017.

Program ini merupakan kesinambungan daripada Program Jiwa Murni MOP yang telah diadakan di Dewan Penghulu Seribu, Nanga Tada, Kanowit pada 10 Dis 17 dan akan diakhiri dengan program jiwa murni semasa penutup Program Mobile Youth Tranformation Vocational (MYTV) di Kapit pada 14 Dis 17.

Program yang menyediakan perkhidmatan seperti pemeriksaan kesihatan serta pergigian secara percuma kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan ini mendapat sambutan yang amat baik dari penduduk setempat disamping dapat mengeratkan lagi hubungan diantara tentera dan masyarakat.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker