SemasaTrup TD

Anggota LLP Tamat Kursus Lanjutan TTS

MELAKA: Seramai 69 Penuntut Kursus Lanjutan Tempur Tanpa Sejata (TTS) Siri 1/2017 berjaya menamatkan Kursus Lanjutan TTS di Majlis Penutup Kursus Lanjutan TTS anjuran 361 Bti RAD (Para) di Padang Bola Sepak 1 RAD (Para) pada 8 Dis 2017.

Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Dato’ Tengku Fauzi Tengku Ibrahim telah menyempurnakan majlis tersebut dan menyampaikan hadiah kepada Penuntut Terbaik Keseluruhan kepada Pbt Hamdan Ismail dari Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja Para (9 RAMD Para).

Panglima 10 Bgd Para dalam ucapannya menyatakan sasaran 10 Bgd Para bagi melahirkan paratrooper terlatih TTS di pasukan-pasukan sehingga mencapai sasaran berikut iaitu Pasukan Tempur 80%, Pasukan Bantuan Tempur 55% dan Pasukan Bantuan Khidmat 25%.

Turut Hadir, Pegawai Memerintah dan Pemerintah di bawah naungan MK 10 Bgd Para.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close