1 DivSemasa

9 Bgd Eratkan Hubungan Penduduk Nanga Tada Dengan Khidmat Kesihatan

SARAWAK: Seramai tiga pegawai dan tujuh anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD), 803 Rumah Sakit Angkatan Tentera (803 RSAT), 624 Pusat Pergigian Angkatan Tentera (624 PGAT) dan Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) telah melaksanakan program jiwa murni di Dewan Penghulu Seribu, Nanga Tada, Kanowit pada 10 Dis 2017.

Program ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan secara percuma kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan ini selain dapat mengeratkan lagi hubungan diantara tentera dan masyarakat.

Antara perkhidmatan yang telah dilaksanakan ialah pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara percuma.

Program ini telah mendapat sambutan yang yang amat baik daripada penduduk setempat.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close