Semasa

5 RS Anjur Khatan Perdana

KEDAH: Seramai 27 kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun dan 11 orang dewasa menyertai program Khatan Perdana Batalion Kelima Rejimen Sempadan (5 RS) bertempat di Kem Bukit Kayu Hitam disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Johari Baharom.

Acara dimulakan dengan perarakan peserta diiringi paluan kompang dan upacara menyuap pulut kuning sebelum disiram oleh Timbalan Menteri Pertahanan dengan menggunakan jentera Pasukan Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam.

Program ini juga turut mempunyai kelainannya tersendiri apabila disertai oleh seramai 11 anggota yang bukan beragama Islam dari 5 RS.

Turut hadir Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’Ramli Jaafar, Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Hj Ismail, Ketua Staf Mk 2 Div, Kol Noorul Azril Ariffin, Ketua Staf 30 Briged Lt Kol Nazaruddin Ismail dan warga Batalion Kelima Rejimen Sempadan.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close