Semasa

30 Bgd Terima Panglima Baharu

PERLIS: Seramai 24 pegawai dan 302 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 30 Briged yang ke-9 di Kem Bukit Cowder, Kangar Perlis pada 6 Dis 2017.

Acara Simbolik menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa di antara Pemangku Panglima 30 Briged, Kol Noorul Azril Ariffin dan Brig Jen Hashim Aman Shah sebagai tanda tampok pemerintahan Panglima 30 Briged yang baharu disaksikan¬†oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar.

Perbarisan yang terdiri daripada tujuh detasmen pasukan-pasukan di bawah naungan 30 Bgd iaitu Batalion Pertama Rejimen Sempadan (1 RS), Batalion Kedua Rejimen Sempadan (2 RS), Batalion Ketiga Rejimen Sempadan (3 RS), Batalion Keempat Rejimen Sempadan (4 RS), Batalion Kelima Rejimen Sempadan (5 RS), Batalion Kesebelas Rejimen Sempadan (11 RS), serta Gabungan 30 Bgd serta diiringi oleh Platun Tambo dari Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanise).

Turut hadir Ketua Staf Mk 30 Bgd, Lt Kol Nazaruddin Ismail, Pegawai-Pegawai Memerintah Pasukan Naungan, serta warga Markas 30 Bgd.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close