12 Bgd Bersihkan Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah

KUALA LUMPUR: Seramai 84 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan di bawah naungan 12 Briged telah terlibat dalam Program Jiwa Murni Gotong-royong Perdana Tentera Bersama Rakyat Peringkat 12 Briged di Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Kuala Lumpur pada 20 Dis 2017.

Antara pasukan di bawah naungan 12 Bgd adalah 1 Rejimen Renjer DiRaja (1 RRD), 12 Skuadron Semboyan DiRaja (12 SSD) dan Markas 12 Bgd bersama 50 Pegawai dan guru-guru Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah telah membersihkan keseluruhan sektor kompleks Anak Yatim. Antara aktiviti gotong royong turut dilengkapi dengan kerja-kerja membersih kawasan sekitar, memotong rumput, menebang pokok dan mengecat blok kediaman anak-anak yatim tersebut.

Ketibaan Panglima 12 Bgd, Brig Jen Abd Malik Jiran disambut oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Ustaz Muhammad Ajib Ismail, Pengetua Kompleks Darul Kifayah MAIWP, Hj Muhamad Safwan Saidin dan seterusnya diikuti dengan lawatan oleh Panglima 12 Bgd di sekitar kawasan Kompleks Darul Kifayah.

Dalam ucapan Pengetua Kompleks Darul Kifayah, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga 12 Bgd yang sudi mengadakan program Jiwa Murni di Kompleks selain berharap program seumpama ini diadakan di masa hadapan bagi mendekatkan masyarakat dan tentera khususnya 12 Bgd. Panglima 12 Bgd dalam ucapan balasnya menyatakan usaha-usaha murni seperti ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat di bawah kawasan tanggungjawab 12 Bgd selain dapat membentuk keperibadian yang baik kepada anak-anak yatim melalui program bersama yang dilaksanakan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderhati daripada kompleks Darul Kifayah yang disampaikan oleh Timbalan Ketuan Pegawai Eksekutif MAIWP kepada Panglima 12 Bgd dan juga cenderahati balas dari Panglima 12 Bgd.

Turut Hadir, Komander PIDTD, Kol Romainor Mohamad, Ketua Staf 12 Bgd, Lt Kol Azudin Hassan, Pegawai Memerintah/Pemerintah Pasukan serta Pegawai MK 12 Bgd.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close
Close