4 DivSemasa

12 Bgd Bersama Masyarakat Taman Melati

KUALA LUMPUR: Satu Program Jiwa Murni Gotong-Royong Perdana Briged Keduabelas Infantri Malaysia (12 Bgd) bersama penduduk Taman Melati Kawasan 2 telah dilaksanakan dengan jayanya di Taman Melati, Kuala Lumpur pada 16 Dis 17.

Pemeriksaan kesihatan dan pergigian oleh Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) Kem Wardieburn dan 620 Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) turut disediakan yang mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk setempat dimana masa cuti sekolah memberi peluang kepada mereka turut serta dalam program tersebut.

Pengisian program termasuk pelaksanaan taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Ketua Polis Balai Wangsa Maju berkenaan pentingnya kerjasama dari pihak penduduk dalam menjaga keselamatan kawasan perumahan dimana tugas keselamatan tidak hanya ditujukan secara terus kepada pihak ATM atau PDRM sahaja.

Program amal bakti tersebut turut disertai dengan usaha sama pihak DBKL Cwg Wangsa Maju, Balai Polis Wangsa Maju, Alam Flora dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan serta semua penduduk Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur

Ketibaan Panglima 12 Bgd, Brig Jen Abd Malik bin Jiran disambut oleh Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP), Datuk Hamdan Mohd Yusuf, Pengurus DBKL Wangsa Maju, Tuan Naquib bin Hamdan bersama 100 orang penduduk Taman Melati serta 150 pegawai dan anggota LLP Markas dan Kem 12 Bgd.

Dalam ucapan aluan Pengerusi MPP WP yang mewakili penduduk setempat beliau merakamkan sekalung penghargaan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan 12 Bgd yang mengetuai penganjuran program ini dimana bukan sahaja khidmat tenaga dari anggota tentera, namun khidmat kepakaran dalam bidang perubatan dan pergigian turut disumbang.

Panglima dalam ucapan balasnya menghargai usaha sama AJK Taman Melati dan agensi-agensi luar serta penduduk Taman Melati serta sudi menerima kehadiran tentera dalam masyarakat bagi mengekalkan hubungan baik tentera dengan rakyat setempat.

Acara ni diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Panglima 12 Bgd kepada wakil penduduk iaitu Tuan Haji Md Zain Salleh, Pengerusi MPP WP, Zon 2 Wangsa Maju.

Turut hadir adalah Komander Pasukan Istiadat Diraja TD, Kol Romainor bin Mohamad, Ketua Staf MK 12 Bgd, Lt Kol Azudin bin Hassan dan Pegawai Pemerintah 12 SSD.


Gambar: Cwg Risik MK 12 Bgd

Access Token not set. You can generate Access Tokens for your Page or Profile on fb.srizon.com. After generating the access token, insert it on the backend
Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close