Semasa

11 Bgd Terlibat Majlis Menziarahi Makam Diraja Klang

SELANGOR: Markas Briged Ke-11 Infantri Malaysia (11 Bgd) telah terlibat secara langsung di dalam Majlis Menziarahi Makam Diraja Klang pada 6 Dis 2017 bertempat di Makam Diraja Klang, Klang, Selangor. Acara ini merupakan salah satu istiadat atau majlis yang diadakan sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Yang Ke-72 Tahun 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 11 Dis 2017.

Penugasan 11 Bgd di dalam majlis ini adalah menyediakan anggota Jejawat Payung dan Tombak yang terdiri daripada 40 LLP dari pasukan 25 RAMD dan diketuai oleh Mejar Mohd Nizam Zakaria (Ketua Kompeni A 25 RAMD).

Majlis dimulakan dengan Anggota-anggota Jejawat Payung dan Tombak Mengambil Tempat, Ketibaan Menteri Besar Selangor, Keberangkatan Tiba DYTM Raja Muda Selangor dan DYMM Sultan Selangor, Upacara Menyiram Air Mawar Makam Diraja oleh DYMM Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor, Majlis Tahlil dan Doa yang diketuai oleh Mufti Selangor dan seterusnya diakhiri dengan Keberangkatan Balik DYMM Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor.

Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Wakil Panglima 11 Bgd iaitu Leftenan Kolonel Shaifullizam Hussain (Pegawai Memerintah 25 RAMD), Ketua Polis Selangor dan Pegawai-pegawai Staf MK 11 Bgd.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close