4 DivSemasaSukan

Tim Triathlon 4 Div Terima Bendera

KUALA LUMPUR: Tim Triathlon 4 Div yang terdiri dari seorang pegawai dan 13 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Kapt Mohd Hafiz Mohamad Noor menerima bendera 4 Div dari Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi sebagai simbolik semangat buat Tim Triahtlon 4 Div di Dewan Wardieburn pada 17 Nov 2017.

Semasa majlis penyerahan bendera, Panglima 4 Div turut memberi kata-kata semangat kepada Pegawai Memerintah 1RRD, Lt Kol Irwan Ibrahim dan berharap agar tim dapat mensasarkan kemenangan dan dinobatkan sebagai Johan dalam ATM Open Tg. Bidara Challages.

Pada masa yang sama sebanyak 10 buah basikal diserahkan kepada tim yang telah mendapat latihan khusus dari Jurulatih yang berpengalaman iaitu PWII Paul Atkinson.

Turut hadir pemangku Panglima 12 Bgd, Kol Romainor Muhamed, Ketua Staf MK 4 Div, Kol Asri Shukor dan Pegawai-pegawai Kanan 4 Div.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close