Semasa

TDM Dan TNI-AD Bekerjasama Dalam Menangani Isu di Perbatasan

INDONESIA: Seramai 13 Pegawai Delegasi Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Bgd) dan 20 Pegawai Delegasi Kolakopsrem 121 Alam Bhana Wanawai telah terlibat dengan Aktiviti Bilateral Lawatan Timbal Balas Dan Unit Commanders Meeting Siri 2/2017 di Pontianak, Indonesia pada 7 Nov 2017.

Program seperti ini diadakan 2 kali setahun adalah untuk mengekalkan hubungan antara TDM dan TNI- AD yang telah sedia terjalin berikutan tahun sebelumnya.

Aktiviti bilateral yang berlangsung selama empat hari ini juga adalah sebuah aktiviti yang mampu mewujudkan kesefahaman dan memberi penyelesaian bagi setiap permasalahan dari sudut pengoperasian di perbatasan negara Malaysia-Indonesia (KALBAR).

Melalui Unit Commanders Meeting (UCM) Siri 2/2017, mampu memberi peluang kepada wakil Ketua Staf 3 Briged iaitu Lt Kol Salmi Istikh Ahmad dan Ketua Staf KOREM 121ABW, Kolonel CZI Arnold A.P Ritiauw untuk mengutarakan dan menyelesaikan segala isu-isu hangat di perbatasan.

Menurut Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin dalam majlis kemuncak makan malam program tersebut, lawatan timbal balas dan mesyuarat dua hala ini harus dikekalkan bagi perbincangan dan percambahan fikiran antara TDM dan TNI-AD agar ia mampu membuahkan hasil yang bernas demi keamanan di kedua-dua negara dalam menangani isu semasa di persempadanan.

Unit Commanders Meeting Siri 2/2017 di akhiri dengan Majlis Menandatangani Minit Mesyuarat UCM Siri 2/2017 oleh Lt Kol Salmi Istikh Ahmad dan Kolonel CZI A.P Ritiauw.

Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Hj Mat Zin, Panglima 3 Bgd serta Brig Jen TNI Bambang Ismawan selaku Komandan KOREM 121ABW.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close