Semasa

Seminar ICT Tingkatkan Kesedaran

MELAKA: Seminar ICT anjuran 10 Skn RSD (Para) ini telah diadakan di Dewan Serbaguna 3 Div pada 27 Nov 2017, yang dihadiri oleh 10 pegawai dan 47 anggota Lain-Lain Pangkat yang terlibat dalam pengurusan ICT di pasukan.

Objektif seminar yang disempurnakan oleh Lt Kol Samad Igom adalah memberi penerangan dan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan membudayakan ICT di pasukan dan pematuhan terhadap dasar dan peraturan sedia ada.

Tiga penceramah dari PUSTEKMA diketuai oleh Kapt Mohd Aslam bin Ahmad telah menyampaikan syarahan berkaitan Pengurusan Rangkaian, Pengurusan Perkakasan, Pengurusan Sistem Aplikasi TD dan Dasar dan Polisi ICT semasa.

Turut hadir, KS Am MK 10 Bgd (Para) mewakili Panglima 10 Bgd (Para).

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker