Semasa

Rej 882 PUTD Laksana Ulangbekal Kawasan Op

PERAK: Pesawat Nuri dari Rejimen 882 Pasukan Udara Tentera Darat (Rej 882 PUTD) telah melaksanakan tugas ulangbekal kepada pasukan infantri yang sedang beroperasi di Operasi Kota pada 18 hingga 19 November 2017.

Pesawat Nuri yang diketuai oleh Komander Pesawat, Kapt Mohd Hanif bin Zolkifli bersama anak kapal telah bertolak dari Pangkalan Udara Butterworth telah melaksanakan tugas sebanyak 6 sortie bagi membawa anggota dan bekalan makanan dari Markas Taktikal ke Kawasan Operasi Hadapan.

Mengimbas sejarah, Operasi Kota merupakan sebuah operasi khas yang dijalankan di kawasan Perak bermula pada tahun 1944 hingga 1989. Operasi khas ini melibatkan pasukan keselamatan iaitu Batalion Infantri, Kor Armor Diraja (KAD), Rejimen Artileri Diraja (RAD) dan Rej Sempadan (RS). Operasi ini juga berkonsepkan ‘mengesan dan memusnahkan’ musuh selain ia merupakan sebuah operasi khas dalam menghalang idealogi Komunis masuk ke negara ini. Operasi ini tertumpu di kawasan sempadan Perak dan pasukan yang terlibat akan diaturgerak hasil dari maklumat yang diperolehi berkaitan pergerakan dan aktiviti PKM.

Sehingga hari ini, operasi ini masih dijalankan oleh unit-unit tersebut bagi meneruskan kesinambungan objektif terdahulu di samping menjaga kedaulatan negara di sempadan negara. Rej 882 PUTD juga diaturgerak bagi membantu dalam aspek ulangbekal, membawa anggota operasi dan latihan.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close